BATIK CANTING
Batik, memang sudah terkenal sebagai salah satu bidang kraftangan tradisional yang unggul di Malaysia.Sejarah perkembangan batik di Malaysia dipercayai bermula pada abad ke 15 Masehi. Pada tahun 1920-an, penggunaan lilin telah diperkenalkan oleh pengusaha-pengusaha batik di negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung, khususnya negeri Kelantan dan Terengganu, yang merupakan perintis kepada sejarah perkembangan batik di negara ini. Hasil-hasil batik tempatan yang tinggi mutu ciptaan dan rekacoraknya melambangkan satu kemahiran kerjatangan yangg unik dan kreatif di kalangan tukang-tukang batik tanah kita.Kini, batik bukan sahaja diminati di kalangan penduduk tempatan, malah ia turut digemari dan popular di kalangan pelawat-pelawat asing yang datang dari luar negeri.
Di Malaysia, batik dihasilkan melalui beberapa teknik dan proses. Setiap teknik mempunyai cara dan identiti tersendiri. Teknik batik yang biasa dihasilkan ialah Batik Blok, Batik Skrin, dan satu lagi teknik membatik yang begitu popular dewasa ini ialah Batik Canting.
Kegunaan Kain Batik Canting
Kain Batik Canting amat digemari oleh peminat-peminat fesyen pada hari ini. Ia dapat dipadankan dan disesuaikan dengan kehendak dan kegunaan mengikut arus peredaran zaman. Selain dijadikan pakaian, kain Batik Canting sesuai dibuat selendang, skaf, beg tangan, alas tilam, selimut, hiasan dinding, sarung kusyen dan berbagai—bagai jenis barang kegunaan seharian yang cantik dan menarik.
Motif dan Rekacorak Hiasan
Warna-warna yang segar dan eksklusif serta motif-motit yang dihasilkan melalui lakaran bebas, merupakan satu ciri keistimewaan tersendiri yang terdapat pada kain Batik Canting. Motif-motif yang sering menjadi tumpuan rekacorak hiasan kain batik contcng adalah berupa corak tumbuh-tumbuhan, bunga, unggas dan corak-corak moden yang abstrak.
Saturday, October 31, 2009
BATIK CANTING
Posted by ALBERT at 11:25 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment